Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

BENTONG – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Shazrin Mohammad Latif yang telah kejayaan menyumbangkan pingat emas pertama negara.

Nur Shazrin mengharumkan nama negara menerusi acara Pelayaran ILCA6 Wanita dalam temasya Sukan Asia Ke-19 Hangzhou 2022.

Baginda berasa amat berbangga akan kejayaan yang dicapai oleh anak Pahang ini bermula dari mewakili pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang sejak tahun 2012 sehingga beliau diserap ke dalam pasukan Kebangsaan sejak tahun 2017.

Tengku Hassanal juga menzahirkan tahniah kepada beliau kerana Nur Shazrin layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 secara merit.

Baginda bertitah semoga kemenangan yang dikecapi oleh Nur Shazrin ini dapat menyuntik semangat kepada atlet-atlet negara untuk terus berusaha gigih bagi menambahkan lagi pungutan pingat kontinjen negara.

Titah tersebut dikeluarkan menerusi kenyataan media oleh Pengelola Bijaya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman hari ini. – MalaysiaGazette