Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan hadir pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan mencadangkan agar kerajaan menubuhkan pusat sehenti kebajikan rakyat.

Menurut Datuk Wan Saiful Wan Jan ahli Parlimen pembangkang, (PN-Tasek Gelugor) itu, langkah itu perlu bagi mewujudkan satu ekosistem penjagaan kebajikan yang lebih berkesan kepada rakyat.

“Saya cadangkan kerajaan menubuhkan pusat sehenti kebajikan rakyat yang memantau dan mengkoordinasi pemberian bantuan dan subsidi dari semua agensi dan Kementerian kepada rakyat, serta membantu rakyat mencari pekerjaan agar mereka dapat hidup secara bermaruah dan tidak bergantung kepada bantuan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Wan Saiful, banyak contoh yang boleh kita ambil, contohnya Services Australia yang mengendalikan (i) Medicare (bantuan perubatan), (ii) Centrelink (bayaran keselamatan sosial) dan (iii) bantuan untuk kebajikan kanak-kanak (child support) di Australia. Boleh juga dilihat Jobcentre Plus di United Kingdom,” katanya.

Tambah Wan Saiful, kewujudan Pengkalan Data Utama (PADU) oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli merupakan satu permulaan yang baik untuk menuju ke arah reformasi total sistem kebajikan negara kita.

“Saya rasa elok juga kalau kerajaan merujuk Tawaran Perikatan Nasional dalam PRU15 lalu yang mana salah satu cadangan kami ialah “Menubuhkan pusat sehenti baharu dan pengkalan data tunggal untuk semua penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan.”

“Baguslah kerajaan ini melaksanakan salah satu idea Perikatan Nasional. Cuma saya minta buatlah reformasi total sistem kebajikan yang kami cadangkan sejak November 2022 lagi bukan ambil separuh separuh sahaja,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast