Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Nilai, Negeri Sembilan akan beroperasi untuk sementara waktu di Giant Mall Nilai pada hari ini dan esok berikutan kerja-kerja pembersihan yang masih dijalankan di atas bangunan cawangan.

Waktu operasi adalah dari 10 pagi hingga 4.30 petang, dengan perkhidmatan kaunter penuh disediakan di dalam Giant Mall Nilai, serta sebuah unit Mobile KWSP di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut.

Selain lokasi sementara di Giant Mall Nilai, ahli dan majikan juga boleh mengunjungi cawangan KWSP lain yang terdekat.

Penutupan sementara cawangan KWSP Nilai adalah berikutan arahan pengungsian bangunan daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) semalam berhubung kebimbangan struktur di atas bangunan cawangan itu.

Premis-premis perniagaan lain di kawasan sekitar turut diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. – MalaysiaGazette