Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Nilai telah beroperasi semula bermula hari ini setelah kerja-kerja pembersihan struktur di atas bangunan cawangan tersebut telah selesai dijalankan.

Ahli kini boleh mengunjungi cawangan tersebut pada waktu operasi biasa bagi mengakses perkhidmatan penuh KWSP.

KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli di atas pemahaman dan kesabaran mereka sepanjang tempoh ini serta pihak berkuasa tempatan dan kontraktor atas tindak balas pantas mereka untuk mengosongkan dan membersihkan bangunan tersebut. – MalaysiaGazette