Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf . Foto WAN NABIL NASIR, 26 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Empat lagi individu, termasuk peguam, ditahan polis  bagi membantu siasatan kes pelaburan syarikat, I-Serve.

Selain peguam, dua wanita dan seorang lelaki masing-masing berusia 30, 33 dan 48 turut ditahan menjadikan lapan individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan sepasukan polis dari Unit Pasukan Analisis Aset Bahagian Siasatan Jenayah Pengubalan Wang Haram JSJK antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari ini di hadapan perkarangan Menara KPJ di Jalan Tun Razak, di sini.

Katanya, peguam yang berusia 62 tahun itu ditahan di Bukit Tunku, di sini.

“Hasil soal siasat awal polis ke atas mereka mendapati suspek pertama wanita berusia 30 tahun itu bekerja di I-Serve sebagai pembantu bendahari bagi membuat urusan kewangan dan akaun kira-kira syarikat dalam urusan tiket dengan sebuah syarikat penerbangan tambang murah paling terkemuka di negara ini.

“Siasatan juga mendedahkan wanita itu turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dan rakan kongsi kepada beberapa buah syarikat yang mana suspek dan staf-saf lain dipertanggungjawabkan untuk memantu akaun-akaun pelabur yang masuk ke dalam akaun syarikat dan menyediakan dokumen serta menguruskan pembayaran dividen kepada pelabur yang melabur dalam syarikat tersebut.

“Manakala suspek wanita kedua berusia 33 tahun itu pula yang turut bekerja di I-Serve melalui dalam talian sejak 2013 sebagai pembantu kewangan, ahli lembaga di beberapa syarikat dan pengurus bendahari bagi menguruskan jualan tiket penerbangan sebuah syarikat tambang murah terkemuka negara ini dan juga menguruskan kutipan jualan semua premis barangan dijalankan oleh syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Reman pengasas bersama syarikat penerbangan disambung dua hari

Seorang lagi ditahan bantu siasatan pengubahan wang haram

Menurut Ramli, seorang lelaki berusia 48 tahun yang ditahan juga didapati memainkan peranan sebagai Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan di I-Serve sejak 2006.

Tambahnya, suspek itu bertanggungjawab untuk membuat sistem dan perisian I-Serve selain dilantik menjadi ahli lembaga pengarah kepada beberapa anak syarikat termasuk MYAirline.

“Kesemua suspek itu dibawa ke pejabat AMLA untuk meneruskan siasatan bagi tindakan lanjut.

“Polis masih meneruskan siasatan kami ke atas keempat-empat suspek itu manakala dan permohonan reman ke atas mereka akan dibuat esok (Jumaat) jam 10 pagi di Lokap Berpusat Jinjang,” ujarnya.

Pada Oktober lalu, seorang lelaki yang merupakan pemegang saham perniagaan I-Serve ditahan dalam serbuan di rumahnya di Bangsar sekitar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast