KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
Beliau berkata semangat yang ditunjukkan kepimpinan dan anggota keempat-empat sayap itu amat meyakinkan walaupun parti terpaksa ‘berdikari’ dalam meneruskan misi membawa suara masyarakat India dalam arena politik negara.
“Sebelum ini saya pernah merasmikan perhimpunan keempat-empat sayap parti ketika kita (MIC) mewakili kerajaan pusat, manakala hari ini saya rasmikan perhimpunan tanpa kita mewakili kerajaan pusat.
Turut hadir Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Rosni Zahari yang mewakili Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.- BERNAMA