Nik Nasarudin Mohd Zawawi (dua dari kiri) menyerahkan Sumbangan sejumlah RM9.2 juta diserahkan kepada Fadhlina Sidek.

KUALA LUMPUR – Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya mengutip sejumlah RM9.2 juta.

Kutipan itu diperoleh sepanjang Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober sehingga 3 November 2023, melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan di bawah KPM seluruh negara.

Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi telah menyerahkan cek cura kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semasa acara kemuncak dan penutup program itu telah berlangsung di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Jumaat lalu.

Acara itu turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi KPM bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin serta menyokong nilai keamanan sejagat.

Persembahan dari pelajar-pelajar yang menyertai Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Sultan Alam Shah, baru-baru ini.

Antara pengisian utama acara ini termasuk deklamasi sajak, persembahan lakonan dan nyanyian serta pidato kemanusiaan.

KPM berkata, program ini bertujuan untuk mendidik murid dan warga KPM tentang nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.

Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Minggu Solidariti Palestin telah disesuaikan dengan panduan sedia ada, jenis sekolah serta kumpulan murid yang terlibat. – MalaysiaGazette