Ramli Mohamed Yoosuf.

KUALA LUMPUR – Polis telah menerima 72 laporan penipuan pelaburan i-Serve melibatkan kerugian sebanyak RM88 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah tersebut termasuk lima laporan yang diterima baru-baru ini yang mengakibatkan kerugian RM6.31 juta.

Katanya, pasangan suami isteri masing-masing berusia 58 dan 57 tahun yang ditangkap awal pagi semalam bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang ini.

“Siasatan awal polis mendapati suspek lelaki iaitu rakan kongsi pengasas bergelar Datuk yang ditahan sebelum ini dipercayai bersekongkol dalam pelaburan tersebut serta rangkaian perniagaan yang lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: i-Serve: Dua lagi individu ditahan

Semalam, Ramli dalam satu kenyataan berkata, pihanya menahan seorang lelaki berusia 58 tahun di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), Sepang pada 3.30 pagi sebaik tiba dari luar negara.

Hasil soal siasat awal mendapati suspek mula berkenalan dan berkawan dengan pengasas MYAirline Sdn Bhd pada 1995 dan mengakui menubuhkan syarikat i-Serve pada 2019.

Setakat ini, jumlah tangkapan keseluruhan dalam kes itu adalah seramai 10 orang dan kira-kira 15 akaun berjumlah RM5 juta dibekukan oleh pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast