Puvanes Subramaniam yang dikehendaki polis untuk hadir memberi keterangan di mahkamah dalam kes dadah.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menagih bantuan dan kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang wanita untuk hadir sebagai saksi berhubung kes dadah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Wanita yang dikehendaki polis itu dikenalpasti identitinya sebagai Puvanes Subramaniam, warga tempatan berusia 30 tahun.

Puvanes dikehendaki Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Brickfields untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah Majistret Jenayah 7, Aras 2, Sayap Kiri, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bersabit kes yang disiasat di bawah Sek 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Alamat terakhir beliau ialah E-10-10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Miri, Off Jalan Beringin, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Mohd Izar Hijjaz Mohd Hashim di talian 012-4521947, atau 03-22979222 sambungan 9223 ataupun talian Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette