Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi atss tuduhan menghasut membabitkan kenyataan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sabitan empat pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tertuduh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, N Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, Datuk Razali 57 tahun, didapati menyebut perkataan menghasut di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu, jam 9.30 malam hingga 11.30 malam, 10 November lalu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast