KUALA LUMPUR – Pendakwaan 12 kes di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) [Akta 613] terhadap Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad didakwa bermotifkan politik.
Peguamnya, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa, pertuduhan politik begini sudah menjadi normal dalam politik di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan supaya menghentikan semua pendakwaan yang bermotifkan politik sekiranya mahu melahirkan Malaysia baharu yang lebih adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd. Khairul Azam berkata, rakyat sudah muak dengan pendakwaan politik yang menyasarkan pemimpin-pemimpin tertentu yang tidak menyokong kerajaan.
“Rakyat sudah bosan apabila dihidangkan dengan pendakwaan politik yang terpilih terutama jika parti A menang, maka ada sahaja pemimpin parti B yang dituduh di mahkamah manakala pemimpin parti A yang sudah pun didakwa akan dilepaskan dan dibebaskan begitu sahaja,”
“Jadi perkara sebegini tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara, lebih-lebih lagi apabila pejabat peguam negara dilihat tidak bebas dan tunduk kepada individu tertentu,” katanya lagi.
Semalam, Adam Radlan didakwa enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram baharu membabitkan nilai RM3.67 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Tertuduh didakwa atas enam pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) [Akta 613] di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, Adam Radlan sebagai Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM3.6 juta dari akaun syarikat itu kepada akaun CIMB Bank Berhad miliknya dan tiga individu lain antaranya Nabilah Mahiaddin dan Ameer Azlan Mohd Ayob antara 1 Disember 2021 dan 27 Disember 2022.
Bagaimanapun, ahli perniagaan itu mengaku tidak bersalah ketika kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun pada 9 November lalu. – MalaysiaGazette
Adam ni pemimpin politik besar kaa? Setaraf dgn DS Najib kaa yg kalau dakwa dia akan memberikan impak politik yg besar? Peguam jgn sibuk duk cakap hal politik laaa
.be professional…nobody above the law