Jovian dan Nina - Instagram Jovian

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri mengumumkan mereka kini sudah berpisah selepas 10 tahun bersama.

“Kami ambil keputusan akhiri perkahwinan 10 tahun ini,” kata Jovian dalam satu hantaran media sosialnya hari ini.

Nina merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.

Menurut Jovian, hubungannya dengan Nina terus kekal sebagai rakan lebih-lebih lagi mereka adalah ibu bapa kepada Jeanelle.

“Bagi memastikan kebahagiaan Jeanelle jadi keutamaan dan setakat ini dalam keadaan terbaik, alhamdulillah. Kasih kami kepada ibu bapa dan keluarga tidak berubah.

“Kami yakin percaya kepada takdir Allah kerana tahu Dia perancang terbaik,” katanya.

Mereka berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika pada 2017. – MalaysiaGazette