KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 14 Disember hingga 20 Disember 2023 masih kekal.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47, RON95 ( RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette