PARIS- Lebih 700 kakitangan Airbus Atlantic dipercayai jatuh sakit selepas majlis makan malam sempena sambutan Hari Krismas syarikat itu minggu lalu.
Agensi kesihatan Perancis (ARS) berkata, pekerja mengalami muntah dan cirit-birit, menurut agensi kesihatan ARS.
Setakat ini tidak diketahui jenis hidangan yang dijamu kepada kakitangan tersebut.
Namun, siasatan sedang dibuat untuk mencari punca keracunan makanan.
Airbus Atlantic ialah anak syarikat pembuat pesawat terbesar dunia, Airbus, dan menggaji 15,000 orang di lima negara. – Agensi