Dr Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pemuda Umno Malaysia.

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk Kerajaan Perpaduan Johor dibentuk dengan melibatkan parti Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negeri secara bersama dengan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Akmal Saleh berkata, kerajaan BN di Johor yang dibentuk sudah stabil dan keutamaan rakyat ketika ini ialah mahu melihat kerajaan sedia ada mampu mentadbir dengan baik.

“Bagi saya sama ada tubuh atau tidak Kerajaan Perpaduan di Johor kerajaan itu stabil atau tidak, kerajaan itu (sudah) stabil dan berjalan dengan baik.

“Jadi, bagi saya tidak ada keperluan untuk kita desak kerajaan Johor tubuh Kerajaan Perpaduan.

“Yang penting rakyat nak tengok kerajaan haru ini ini dapatb tadbir dengan baik atau tidak dan rakyat dapat manfaat itu jauh lebih penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pelepasan Misi Bantuan Banjir Permuda UMNO ke Kelantan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perwakilan Amanah Johor menuntut suatu isyarat dihantar agar kerajaan perpaduan terbentuk di Johor.

Zuhan Zain berkata PH perlu berada bersama dalam kepimpinan kerajaan negeri, walaupun Barisan Nasional (BN) mendominasi Dewan Undangan Negeri dengan 40 kerusi.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PH termasuk Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan meminta agar kerajaan Johor membuat rombakan terhadap barisan EXCO dengan memberikan tiga jawatan kepada ADUN PH.

Perkara sama turut disuarakan Naib Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang memberitahu sudah tiba masa kerajaan Johor menerima wakil daripada PH yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam barisan EXCO kerajaan negeri.

Pada PRN Johor Mac tahun lalu, BN memperoleh kemenangan dua pertiga dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

PH pula memenangi 13 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi manakala PKR, Amanah dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi.

Seterusnya, Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi tiga kerusi iaitu Bersatu (dua) dan Pas (satu). – MalaysiaGazette