Lee Jae-Myung yang terbaring kesakitan menerima rawatan kecemasan.-Foto media sosial

SEOUL – Pemimpin parti pembangkang utama Korea Selatan, Lee Jae-Myung ditikam di leher semasa lawatan ke bandar selatan Busan.

Jae-Myung diserang seorang lelaki ketika sesi soal jawab dengan wartawan selepas melawat tapak pembinaan Lapangan Terbang Baru Gadeokdo.

CNN melaporkan, jurucakap Parti Demokrat, Kwon Chil-Seung berkata, Jae-Myung mengalami kecederaan satu sentimeter di sebelah kiri lehernya menyebabkan dia berdarah tetapi sedar.

“Lee mengalami kerosakan yang disyaki pada urat jugularnya dan doktor bimbang dia mungkin mengalami pendarahan tambahan,” kata Kwon.

Lee dibedah di Hospital Universiti Nasional Seoul setelah dipindahkan ke sana dari Busan dan penyerang telah ditangkap di tempat kejadian. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast