PUTRAJAYA – Hospital Umum Sarawak akan dijadikan tapak ujian klinikal pertama terhadap manusia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia adalah hasil kerjasama dengan sebuah syarikat farmaseutikal, Roche Pharmaceuticals yang akan membuat ujian pertama pada manusia bagi penyakit gangguan radang otot (rheumatologi).
“Ini (FIH) akan menjadi yang pertama dalam negara di bawah penyakit rheumatologi yang secara khusus menjelajahi rawatan yang selamat untuk pesakit dengan Lupus Eritematosus Sistemik (SLE).
“Kajian ini akan dijalankan di Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Umum Sarawak dan dikendalikan oleh pakar rheumatologi, Dr. Teh Cheng Lay,” katanya dalam program Keunggulan Penyelidikan Klinikal dalam Fasa Awal dan Pembangunan Individu di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Hadir sama adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan KKM, Datuk Seri Norazman Ayob dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Nor Fariza Ngah.
FIH jelas, Dr Dzulkefly adalah bukti kemampuan ujian klinikal yang semakin berkembang di Malaysia dalam tempoh dua tahun setelah penyelesaian Projek Realisasi Fasa 1 Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM).
Untuk rekod, Malaysia akan menjadi negara ketujuh yang terlibat dalam kajian itu dan yang pertama dalam rantau Asia Pasifik bagi menjalankan kajian klinikal terhadap manusia.
“Ekosistem ujian klinikal Malaysia telah berkembang pesat dengan lebih dari 2300 penyelidikan klinikal yang dilakukan sejak tahun 2012. CRM melalui inisiatif P1RP telah mengawasi perkembangan ekosistem fasa awal negara ini untuk membolehkan penyelidikan fasa awal yang selamat dan teratur terutamanya ujian FIH.
“Selepas penyelesaian P1RP pada tahun 2021, Malaysia telah menjalankan satu ujian FIH dan dua kajian pertama pada pesakit dengan kajian Roche menjadi ujian FIH pertama di Malaysia di bawah penyakit rheumatologi,” katanya lagi.
Ujian FIH melibatkan ubat eksperimental baru untuk merawat pesakit dengan Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) di mana satu keadaaan yang memberi kesan kepada sendi, kulit, otak, paru-paru, buah pinggang dan saluran darah. – MalaysiaGazette