Adolfo Macías Villamar

QUITO – Keadaan darurat selama 60 hari telah bermula di Ecuador selepas seorang ketua kumpulan gengster yang disabitkan pertuduhan hilang dari sel penjaranya.

Adolfo Macías Villamar, lebih dikenali sebagai Fito, ialah ketua Los Choneros, gengster yang terlibat dalam beberapa rusuhan penjara yang membawa maut dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Dia ditempatkan di bangunan keselamatan maksimum di sebuah penjara di Guayaquil.

Darurat yang diumumkan termasuk penggantungan hak berhimpun dan perintah berkurung setiap malam.

Dikri yang dikeluarkan oleh Presiden Daniel Noboa.

Noboa berkata, darurat itu membolehkan tentera dan polis mengawal penjara di negara ini.

Los Choneros mengawal sebahagian besar kompaun di penjara La Regional, tempat Fito ditahan.

“Kumpulan narko-pengganas ini berhasrat untuk menakut kami dan mereka fikir kami akan tunduk kepada tuntutan mereka.

“Kami tidak akan berunding dengan pengganas dan kami tidak akan berehat sehingga keadaan dipulihkan, kata presiden itu.

Fito ialah seorang penjenayah terkenal yang disyaki memainkan peranan dalam pembunuhan Fernando Alcibiades Villavicencio Valencia, seorang ahli politik yang bersaing untuk Presiden Ecuador pada tahun 2023.

Polis berkata, mereka menyedari ketidakhadirannya awal Ahad dan tidak dapat menemuinya di mana-mana di bahagian penjara.

Masih tidak jelas sama ada Fito berjaya meninggalkan perkarangan penjara di bandar pelabuhan itu atau dia mungkin bersembunyi di suatu tempat.

Seorang komander polis berkata, dia “tidak boleh mengesahkan atau menafikan” kehilangan Fito dan dia juga tidak boleh mengatakan berapa lama banduan itu telah hilang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast