KUANTAN – Seorang juruteknik terbunuh selepas merempuh belakang lori sebelum terbabas ke bahu jalan di kilometer 241.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke barat petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, nahas itu mengorbarkan mangsa, Adam Akmal Rosidi, 26, dari Felda Sungai Panching Utara di sini.
Ketika kejadian, pemandu lori dari arah Jabor menghala ke arah Kuantan.
Tambah Wan Zahari, hasil semakan mendapati kedua-dua pemandu kereta dan lori tidak mempunyai rekod saman lampau dan masih memiliki lesen memandu dalam tempoh.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat
Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette