Tyzo dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35.

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai Suria FM, Tyzo memohon maaf selepas berkhidmat buat kali terakhir di stesen radio berkenaan, semalam.

Menerusi Instagram miliknya, dia juga memberitahu pengunduran daripada Suria FM bukanlah keputusan yang dibuat dirinya.

Malah, Tyzo yang sebelum mengendalikan segmen Suria Petang bersama Sharifah Shahirah atau Shiera mengakui dia masih mahu bekerja dan terus berkhidmat di stesen radio swasta berkenaan.

“Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya. Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35).

“Selepas ini mohon tiada pihak ‘spin’ (pusing) cerita, olah ayat, tuduh ‘diva’ demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya,” tulisnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast