Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Enam Taman Eko Rimba (TER) dan 42 jalur pendakian yang ditutup sebelum ini akan dibuka semula kepada orang ramai bulan depan.

Jabatan Perhutanan Selangor (JPNS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pembukaan yang bermula 1 Februari itu melibatkan TER dab jalur pendakian di bawah pengurusan pihaknya.

Katanya, daripada 42 jalur pendakian, hanya 16 perlu menggunakan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP).

“Senarai TER terbabit adalah Sungai Tua, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Komanwel, Kota Damansara dan Gunung Nuang.

“Untuk jalur pendakian bagi hutan di daerah Hulu Selangor adalah Air Terjun Lata Medang, Air Terjun Lata Macau, Air Terjun Setinggi, Air Terjun Lubuk Kawah, Bukit Batu Pahat, Gua Perong/Gua Komunis, Air Terjun Hulu Tamu dan Air Terjun Lubuk Tupai.

“Manakala yang menggunakan khidmat MGP adalah Gunung Semangkok, Gunung Hulu Kali, Gunung Rajah, Gunung Hulu Semangkok, Bukit Hulu Telang, Bukit Hulu Bakau, Gunung Semangkuk Gap, Bukit Boyan, Gunung Ulu Lenik, Bukit Choroco, Bukit Kutu, Bukit Kunong dan Bukit Unyang,” kata agensi itu.

JPNS berkata, daerah pantai Klang membabitkan Bukit Jugra.

Bagi daerah Selangor Tengah pula, tiga jalur perlu menggunakan khidmat MGP iaitu Gunung Nuang, Gunung Hitam dan Gunung Chenuang.

“Bakinya adalah Air Terjun Sungai Lepoh, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjun Sungai Pisang, Jeram Kubang Gajah, Lata Gitar, Lata Pinang, Air Terjun Lubuk Tedung, Air Terjun Batu Asah, Lata Bomoh Ali, Lata Berembun, Jeram Perlus, Bukit Ketumbar, Bukit Broga, Bukit Kembara, Bukit Batu Chondong, Bukit Pau dan Bukit Lagong,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447507, Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah di 03-90816054.

Pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor di talian 03-60916131 dan Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang 03-33716326.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast