Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 02 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkin Lembaga Pengampunan akan mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan itu, hari ini.

“Saya rasa begitu (I believe so) (mungkin diumumkan hari ini,)” katanya selepas selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Anwar yang ditemui selepas makan tengahari bersama rakyat di Medan Selera Pertama Kompleks, hari ini berkata Lembaga Pengampunan sduah mempunyai keputusan berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Awnar berkata, pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Sudah ada kepastian (pengampunan Datuk Seri Najib).

“Tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan,” katanya.

Pengampunan ini berkaitan dengan kes SRC International.

Najib telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 12 tahun pada tahun 2022 dan didenda sebanyak RM210 juta.

Media sebelum ini melaporkan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri itu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast