Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Samad menyambut baik tindakan UMNO menangguhkan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputeri untuk memberi keutamaan kepada perbincangan tentang keputusan pengurangan tempoh hukuman Datuk Seri Najib Razak.

Veteran UMNO ini berkata, tindakan parti tersebut bagus.

“Didulukan mana yang penting bagi parti dan ahli.

“Setelah lebih setahun dalam Kerajaan Perpaduan mempertahankan keutuhan institusi-institusi penting negara demi kestabilan dan perpaduan negara, haruslah dinilai kembali sama ada wajar atau tidak diteruskan pengorbanan maruah dan perpaduan parti?

“Saya tunggu dan lihat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Lewat malam tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan berkata, kolokium itu sepatutnya dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang akan dihadiri 2,000 pimpinan dari 191 Bahagian seluruh negara.

Mesyuarat berkenaan akan diadakan pada jam 11 pagi ini.

Semalam Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memaklumkan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipendekkan kepada enam tahun dan tarikh beliau dibebaskan adalah pada 23 Ogos 2028.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu turut mengurangkan denda kepada RM50 juta.

Urus setia itu berkata, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. – MalaysiaGazette

UMNO tangguh KEB, mesyuarat khas MKT esok bincang pengurangan hukuman Najib

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast