Gambar hiasan

RIO DE JANEIRO – Pihak berkuasa di bandar Rio de Janeiro mengisytiharkan kecemasan kesihatan ketika mereka cuba membendung penularan demam denggi.

Penyakit bawaan nyamuk meningkat empat kali ganda di Brazil pada Januari berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Bandar raya inj telah mencatatkan 10,000 kes setakat tahun ini, berbanding 23,000 untuk keseluruhan 2023.

Denggi boleh menyebabkan demam, sakit kepala yang teruk, sakit belakang mata, sakit otot dan sendi, dan ruam bertompok.

Susulan itu sebanyak 10 pusat rawatan denggi dibuka di bandar ini untuk mengurangkan jumlah kes serius dan kematian akibat jangkitan itu.

Pegawai kesihatan juga menggesa orang ramai untuk mengelakkan digigit nyamuk.

Menteri Kesihatan Brazil Nisia Trindade telah menggesa orang ramai untuk memastikan kediaman diperiksa dan mengelakkan air bertakung kerana boleh menyebabkan denggi membiak. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast