Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM200 juta, dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia sementara menunggu rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya atas pembebasan bekas Perdana Menteri ini, atas empat kes menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv