KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi memberitahu, beliau sudi menerima jemputan Rafizi Ramli ke podcast beliau “Yang Bakar Menteri”.
“Terima kasih YB Rafizi kerana sudi jemput saya hadir ke podcast beliau “Yang Bakar Menteri”. Insya Allah saya akan hadir.
“Tetapi terlebih dahulu saya mendoakan agar YB cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Amin,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dalam hantaran di Facebooknya.
Puad berkata, beliau pernah berdebat dengan menteri ekonomi itu dan ia bukan perkara baharu.
Debat itu, menurutnya, anjuran badan bukan kerajaan yang pro Parti Keadilan Rakyat yang diadakan di Audotirium Bangunan Sultan Sallehudin Shah Alam, pada tahun 2016.
Ketika itu semua panelis pro PH termasuk Dr. Dzulkefly Ahmad (sekarang Menteri Kesihatan), Rafizi (Menteri Ekonomi) dan Prof Mohammad Abu Bakar (pro PKR) manakala Dr Maszlee Malik bertindak sebagai moderator.
“Saya datang untuk mendapatkan penjelasan lanjut “formula” YB untuk pulihkan ekonomi negara. YB yang minta tanya soalan yang membakar Menteri.
“Saya tanya untuk pastikan Kerajaan Perpaduan yang saya sokong ini ”Walk The Talk”. Efisien dan padu. Bukan kaki temberang. Berehatlah dulu YB,” tambahnya. – MalaysiaGazette
Akhirnya Rafizi setuju jemput Isham, Puad, Lim Sian See ke podcast
Menarik ni.pakar putar bertemu sesama sendiri. Kita tgk sapa terbelit dulu.