KUALA LUMPUR – Isu peletakan jawatan beberapa pengurusan kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sedang dipantau Menteri Pertahanan sebelum dibawa ke Kabinet minggu depan.
“(Isu peletakan jawatan beberapa pengurusan kanan) LTAT sedang dikendalikan (Datuk Seri) Mohamed Khaled dan sebarang perkembangan akan dilaporkan kepada Jemaah Menteri,” kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Tun Razak Exchange sebagai Pusat Kewangan Malaysia di The Exchange 106 hari ini
Untuk rekod, Pengarah Kanan Strategi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Dayana Rogayah Omar dilapor mengemukakan surat peletakan jawatan bagi mengejar kepentingan lain.
Malah LTAT turut menyaksikan perletakan jawatan Ketua Eksekutif, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman pada 31 Januari lalu diikuti Pengerusi, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 8 Februari 2024. – MalaysiaGazette