Sunday, May 5, 2024
Home Sukan Luqman Hakim buat kemunculan pertama di Liga Jepun

Luqman Hakim buat kemunculan pertama di Liga Jepun

Foto IG Luqman Hakim.

KUALA LUMPUR – Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akbirnya membuat penampilan sulung di bumi Jepun selepas diturunkan dalam aksi Piala Levain semalam.

Penyerang yang dipinjamkan dari KV Kortrijk itu diturunkan YSCC Yokohama ketika permainan berbaki 13 minit menentang Mito Hollyhock dalam saingan pusingan pertama Piala Levain.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nippatsu Mitsuzawa itu, YSCC Yokohama melakar kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Koki Matsumura pada minit ke-67.

YSCC Yokohama terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Yutaro Yanagi dilayangkan kad merah dua minit Luqman Hakim turun ke padang namun mereka berjaya mengekalkan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan.

Sebelum ini, Luqman Hakim berhijrah ke bumi Asia apabila secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25.

Pemain berusia 22 tahun itu yang berkelana ke Eropah sejak 2020 memilih untuk meneruskan kariernya ke kelab Jepun dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti permainan. – MalaysiaGazette