PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan cadangan pindaan perlembagaan parti ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di sini.
Beliau berkata, RoS memberi reaksi mengenai pindaan perlembangan itu dan berharap ia mendapat pertimbangan serta diluluskan secepat mungkin.
“Pengawai (Ros) kata keputusan teknikal teratur dan ini kehendak keputusan parti Perhimpunan Agung dengan jumlah kehadiran lebih syarat ditetapkan dan semuanya berjalan dengan baik.
“Sebab itu kami amat berharap apabila perkara ini berlaku, kita serahkan RoS hari ini akan beri pertimbagaan positif dalam tempoh segera ini,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan pindaan itu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tiada tempoh yang diberikan RoS untuk meluluskan pindaan Bersatu itu.
“Tiada… kita sudah sempurnakan, kita tunggu bila keputusan rasmi, tindakan kuatkusakan perlembagaan dan RoS laksanakan secepat mungkin.
“Dalam mesyuarat Agung lepas saya sudah maklumkan, kita harap tiada halangan atau rintangan dari RoS,” katanya.
Pada Mesyuarat Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu, perwakilan parti itu sebulat suara menyokong usul untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan partinya.
Pindaan perlembagaan itu dilakukan bagi menghalang wakil rakyat parti itu berpaling tadah pada masa hadapan.
Enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan tidak akan ada campur tangan politik dalam soal permohonan BERSATU untuk meminda perlembagaan parti. – MalaysiaGazette