Razlam Ab Hamid

GEORGE TOWN – Reman bagi lelaki warga Nepal yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah pasar raya di Kompleks Bukit Jambul di sini, pada 7 Mac lalu disambung selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, permohonan terhadap lelaki berusia 30-an itu dibuat selepas tempoh reman selama tiga hari berakhir hari ini.

“Tempoh reman suspek dilanjutkan selama tujuh hari bermula esok hingga 18 Mac ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

MalaysiaGazette pada Jumaat lalu melaporkan suspek yang dipercayai tidak mempunyai dokumen itu diberkas orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berusia tujuh tahun datang bersama ibunya untuk membeli barang di sebuah pasar raya dalam kompleks tersebut.

“Bagaimanapun, ketika mangsa beratur untuk membuat pembayaran di kaunter suspek bertindak bergesel kemaluannya di bahagian belakang mangsa.

“Ibu mangsa yang tidak puas hati dengan perbuatan suspek bertindak memaklumkan kejadian kepada orang awam di lokasi sebelum mereka bertindak memukul suspek.

“Suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial berhubung kejadian bersama beberapa keping gambar suspek dalam keadaan berlumuran darah dan duduk berhampiran longkang kecil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast