Gelagat murid tahun 1 ketika perhimpunan hari pertama persekolahan 2024.

KUANTAN – Jabatan Penyiaran Negeri Pahang (Pahangfm) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pahang (JPN) telah meraikan 170 murid tahun 1 sempena ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama (SKIMU), hari ini.

Mereka sebahagian daripada 1,075 murid-murid SKIMU.

Menurut Pengarah Jabatan Penyiaran, Arifin Awang, program tahunan Pahangfm itu dianjurkan bersempena pembukaan sekolah sesi 2024.

Maskot kartun menyambut murid-murid Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama.

“Program ini bagi memeriahkan serta memberikan semangat kepada anak-anak yang kembali ke sekolah selepas bercuti hampir sebulan,” katanya ketika berucap.

Jelasnya, program ini bagi memberikan motivasi kepada mereka untuk berasa selesa di sekolah dengan pengisian program yang menarik perhatian mereka.

Krew Pahangm mula menyambut murid-murid yang kembali ke sekolah seawal 6.45 pagi di pintu masuk utama SKIMU bersama-sama maskot kartun, badut dan super hero yang diminati oleh murid-murid.

Penganjur juga menyediakan beberapa aktiviti bersama murid-murid tahun satu seperti sukaneka dan pertandingan kuiz.

Program tersebut mendapat kerjasama syarikat MBS, CityLight Bookstore dan syarikat Roti Sedap yang menyumbangkan peralatan tulis dan makanan pagi kepada pelajar.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Pahang, Azan Abd Malek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast