Aliff Syukri hadir di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya bagi rakaman percakapan

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak akan mengeluarkan lagu raya tahun ini selepas menjadi mangsa penipuan seorang komposer yang tidak didedahkan identitinya.

Menerusi hantaran di Instagram, beliau meluahkan rasa kecewanya apabila lagu raya nyanyian dan ciptaannya tidak dapat didendangkan pada lebaran kali ini.

“Maafkan saya awak, komposer ‘buat tahi’. Curi lagu dan lirik beri kepada artis lain.

“Maaf semua sebab saya kecewakan korang, saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ni semua.

“Saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tak pernah menghargai bakat saya,” katanya.

Aliff menjelaskan, beliau terpaksa membawa diri ke luar negara untuk menonjolkan bakat nyanyian yang tidak dihargai di tanah kelahirannya sendiri.

“Saya terpaksa bawa diri untuk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.

“Maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu saya saya (tahun) ini,” ujarnya.

Hantaran Aliff itu menerima pelbagai reaksi pengikutnya dengan rata-rata meluahkan rasa sedih atas perkara tersebut.

“Malaysia berdukacita dengan berita ni dato, saya jangka ramai yang tak nak beraya tahun ni. Malaysia kehilangan penyanyi no 1.

“Alaaa sunyi la industri nyanyian nanti datuk, kami nak datuk juga,” antara komen netizen.

Sebelum ini, Aliff tidak pernah gagal meluncurkan lagu raya yang mendapat kritikan ramai menerusi single berjudul Chu Ku Chuk Raya tahun lalu, Kelepok Raya (2022) dan Lala Raya (2021). – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast