Amadou Onana. Foto Sky Sports.

LONDON – Manchester United dilaporkan serius  mendapatkan pemain tengah Everton, Amadou Onana seperti laporan Manchester Evening News.

Laporan tersebut mendedahkan United akan cuba mendapatkan khidmat pemain kelahiran Belgium itu pada musim panas ini.

Menurut laporan itu, Onana akan menjadi pengganti kepada Casemiro di mana pemain tengah Brazil itu dilaporkan akan meninggalkan Old Trafford akhir musim ini.

Pemain berusia 22 tahun itu dianggap sebagai pilihan terbaik kerana telah terbukti dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

“Peluang United untuk mendapatkan Onana masih sangat terbuka kerana Everton kini sedang mengalami krisis ekonomi jadi kelab itu terpaksa menjual beberapa pemain mereka pada musim panas ini.

“Selain Onana, Manchester United juga berminat untuk membawa masuk pertahanan muda mereka, Jarrad Branthwaite,” kata laporan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast