Datuk Ngwe Hee Sem

ALOR GAJAH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memeriksa 392 peniaga makanan di tapak bazar Ramadan di negeri ini bermula Selasa lalu sehingga semalam.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pemeriksaan turut melibatkan kilang ais dan hotel yang menyediakan bufet Ramadan.

“Pemeriksaan ke atas 34 buah hotel yang menyediakan bufet Ramadan dan enam kilang ais kita lakukan sebelum Ramadan bagi memastikan premis mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Sebanyak 11 kompaun dikeluarkan kepada hotel selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan membabitkan aspek kebersihan manakala sebuah kilang ais dikompaun RM2,500.

Menurutnya, kesemua 12 kompaun bernilai RM10,300 membabitkan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hee Sem merasmikan Walkabout Bazar Ramadan: Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan 2024, di Alor Gajah di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika melakukan Walkabout Bazar Ramadan: Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan 2024, di Alor Gajah di sini.

Hadir sama, Pengarah JKN Dr Ruzita Mustaffa dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Saifuddin Abdul Karim.

Mengulas lanjut Hee Sem berkata, hasil daripada pemeriksaan dijalankan terhadap peniaga di bazar Ramadan, mendapati tahap penilaian kebersihan berada di skala 75 peratus.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast