KUALA LUMPUR – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) memberhentikan perkhidmatan platform e-Wallet berkuat kuasa dari 31 Mei 2024.
Keputusan strategik ini adalah sejajar dengan usaha berterusan MBSB Bank untuk mengoptimumkan dan menyelaraskan penawaran digitalnya.
MBSB Bank masih kekal menyediakan perkhidmatan luar biasa dan inovatif dalam penyelesaian kewangan.
“Pelanggan boleh terus menggunakan perbankan dalam talian M JOURNEY, Platform DuitNow QR dan Dompet Perbankan Dalam Talian (OBW) MBSB Bank untuk lancar urus niaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambahnya, semua baki tertunggak dalam akaun e-Wallet akan dikembalikan kepada akaun masing-masing pemegang akaun. – MalaysiaGazette