Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan Perodua Myvi mengakibatkan kematian seorang lelaki berusia 25 tahun dalam kejadian 11.45 pagi di Jalan Kuantan-Segamat hari ini

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah Myvi dari arah bertentangan di Jalan Kuantan-Gambang hari ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Alif Shamziey Abd Aziz, 25, bekerja sebagai pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah.

Kemalangan jalan raya berlaku kira-kira 11.45 pagi tadi di Jalan Kuantan-Segamat  semasa pemandu kereta dari arah Felda Chini menghala ke arah Gambang.

Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat Gambang, pemandu Myvi yang sedang membelok ke persimpangan sebelah kanan tiba-tiba dirempuh oleh motosikal dari arah  bertentangan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi proses bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast