Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam (tengah) menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 10,000 jemaah di masjid negeri, Masjid Al-Azim, Melaka, pagi tadi

MELAKA – Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 10,000 jemaah di masjid negeri, Masjid Al-Azim, di sini, pagi ini.

Beliau yang memakai persalinan baju Melayu warna biru tiba kira-kira jam 7.50 pagi.

Terdahulu, sebelum menunaikan solat, Mohd Ali menziarahi Makam Pahlawan Melaka di pekarangan ruang utama masjid.

Hadir sama mengiringi beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin,  Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil serta lain-lain kenamaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast