HO CHI MINH: Seorang taikun hartanah Vietnam dijatuhi hukuman mati pada ini di atas peranannya dalam kes penipuan kewangan berjumlah 304 trilion dong (AS$12.46 bilion).
Ia adalah kes penipuan terbesar dalam sejarah di negara ini.
Truong My Lan, Pengerusi Pemaju Hartanah Van Thinh Phat Holdings Group, didapati bersalah atas kesalahan penyelewengan, rasuah dan pelanggaran peraturan perbankan dalam akhir perbicaraan.
Panel tiga juri yang dipilih sendiri dan dua hakim menolak semua hujah pembelaannya.
“Tindakan defendan menghakis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Parti (Komunis) dan negara,” menurut keputusan penghakiman.
Selepas perbicaraan selama lima minggu, 85 individu g lain juga menghadapi keputusan dan hukuman atas tuduhan yang terdiri daripada rasuah dan salah guna kuasa kepada peruntukan dan pelanggaran undang-undang perbankan.
Lan menafikan tuduhan itu dan menyalahkan orang-orang bawahannya.
Dia dan rakan sejenayahnya dituduh menyedut lebih AS$12.5 bilion daripada Saigon Commercial Bank (SCB), yang dikawalnya melalui berpuluh-puluh proksi, menurut penyiasat.
Dari awal 2018 hingga Oktober 2022, apabila negara menyelamatkan SCB selepas para pelanggan mengeluarkan wang mereka, Lan memperuntukkan jumlah yang besar dengan mengatur pinjaman yang menyalahi undang-undang kepada syarikat shell (firma yang tidak aktif), kata penyiasat.
Pendakwa raya berkata, sejumlah ganti rugi yang disebabkan oleh penipuan itu kini berjumlah AS$27 bilion – angka ini bersamaan 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Vietnam pada tahun 2023.
Hukuman mati adalah hukuman luar biasa berat dalam kes sebegini.
Lan dijangka membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. – Agensi