KUALA LUMPUR – Cadangan MCA melatkkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu belum dimuktamadkan lagi
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, beliau menghormati padangan itu.
“Ini hanyalah pandangan segelintir ahli dan pemimpin MCA. Kita hormati pandangan itu tapi ini bukan satu keputusan,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda MCA Selangor, Tan Jie Sen membidas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana membuat pengumuman BN tidak akan bertanding di Kuala Kubu Baharu tanpa berunding dengan sekutunya.
Kata Jie Sen, Ahmad Zahid sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan dalam gabungan sebelum membuat keputusan.
Beriklutan itu, Jie Sen menyifatkan Ahmad Zahid angkuh dan tidak hormat pada sekutunya sendiri.
Semalam Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya belum lagi berbincang bagi memuktamadkan calon bertanding pada PRK itu.
Kerusi KKB kosong selepas kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu. – MalaysiaGazette