Para pekerja WCK menggembleng tenaga memasak dan memberi makan kepada penduduk Gaza yang diserang Israel. Foto FB World Central Kitchen

GAZA – Badan amal makanan antarabangsa, World Central Kitchen (WCK) meneruskan operasinya di Semenanjung Gaza pada Selasa selepas tujuh pekerja bantuannya terbunuh dalam serangan tentera Israel awal bulan ini.

“WCK menghidangkan 200,000 hidangan kepada penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal hari ini ketika kami meneruskan kerja di Gaza,” katanya di X.

Badan amal itu telah menyediakan lebih daripada 43 juta makanan di Gaza setakat ini.

Menurutnya, sebanyak 276 trak WCK bersedia untuk masuk melalui Rafah dengan bekalan untuk 8 juta makanan, selain turut menghantar trak ke utara.

Serangan 1 April Israel di Gaza membunuh tujuh pekerja bantuan WCK – tiga warga Britain, seorang Australia, warga Poland, dua warganegara AS-Kanada dan seorang Palestin.

Serangan itu mencetuskan kecaman kuat di seluruh dunia dan menyeru kebertanggungjawaban, dengan kebanyakan pihak, termasuk pengasas WCK Jose Andres, mempertikaikan dakwaan Israel bahawa serangan itu adalah “kesilapan” dan “kesalahan mengenal pasti’. – Agensi