Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sebanyak 914 saman dikeluarkan kepada warga asing atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Lejang Bersepadu bermula pada 21 hingga 27 Mei lepas di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata saman antaranya kerana tidak memiliki lesen memandu dan mengubah suai kenderaan itu dikeluarkan kepada 282 warga asing.

Beliau berkata dalam operasi itu, 52 warga asing turut ditahan membabitkan 31 warga Rohingya, Indonesia (lapan), Pakistan (enam), Bangladesh (empat) dan masing-masing seorang warga India, Nepal dan Thailand.

“Operasi ini menumpukan kepada pemandu atau penunggang kenderaan dalam kalangan warga asing terutama penunggang motosikal roda tiga yang membawa muatan barangan lusuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya sebanyak 276 kenderaan disita termasuk 13 motosikal roda tiga dalam operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan itu.

Muhamad Zaki turut mengingatkan pemilik kenderaan warga tempatan supaya tidak sewenang-wenang membenarkan kenderaan persendirian digunakan warga asing yang tidak memiliki lesen. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast