Jadon Sancho. Foto Eurosports.

LONDON – Sir Jim Ratcliffe dilaporkan tidak akan memberikan dana perpindahan yang besar kepada pengurus Manchester United pada perpindahan musim panas ini, lapor The Telegraph.

Pemilik bersama kelab itu dikatakan hanya ingin melakukan perubahan pada strategi perpindahan kelab pada musim panas ini.

Ratcliffe dilaporkan sangat berhati-hati dengan peraturan Keuntungan & Sustainability (PSR) Liga Perdana Inggeris dan tidak bersedia untuk mengeluarkan dana yang besar untuk perpindahan nanti.

Erik Ten Hag atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab ke atas pasukan dilaporkan akan menerima bajet jauh di bawah £175m yang dibelanjakan untuk pemain musim panas lalu.

“Sir Jim juga akan memberikan dana sekitar £35 juta pound sahaja untuk pengurus mendapatkan pemain baru pada perpindahan musim panas ini,” kata laporan itu.

Mason Greenwood. Foto BBC.
Ratcliffe dilaporkan akan menguji dan mencabar pihak kelab untuk mengumpul dana tambahan melalui penjualan pemain pasukan utama seperti Mason Greenwood, Jadon Sancho dan beberapa pemain lain sambil menekankan kepentingan membawa masuk pemain muda melalui akademi United.

United dilaporkan telah mencatatkan kerugian sebanyak £115.5 juta pada 2021/22 dan £28.7 juta pada musim 2022/23 di mana disebabkan itulah kelab berada dalam risiko
pelanggaran PSR.

Ratcliffe akan mengarahkan pengurus untuk mencari pemain baru dari akademi di mana pemain tengah berusia 20 tahun, Toby Collyer dijangka menyertai skuad senior manakala pemain pertahanan kiri berusia 17 tahun iaitu Harry Amass juga dipertimbangkan untuk masuk bersama skuad utama. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast