DOHA- Sekurang-kurangnya 35 orang maut dalam kebakaran yang melanda sebuah bangunan kediaman di selatan Kuwait, menurut polis tempatan pada Rabu.
“Angka korban mencecah 35 orang. Butiran lanjut akan dikemaskini selepas pemeriksaan dilakukan di bangunan terbabit,” media kerajaan memetik jurucakap polis.
Sputnik melaporkan puluhan lagi mangsa cedera dalam kejadian itu.
-BERNAMA-SPUTNIK