WASHINGTON- Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) mengumumkan pada Rabu, tidak akan menghantar rover perayau miliknya ke bulan disebabkan kos yang tinggi dan pelancaran yang telah beberapa kali ditangguhkan.
Agensi berita Jerman DPA melaporkan, projek yang dinamakan Volatiles Investigating Polar Exploration Rover atau VIPER tidak akan diteruskan susulan semakan semula dalaman yang dilakukan secara komprehensif, kata NASA dalam satu sidang media.
Menurut NASA, rover pada asalnya dijadualkan untuk dilancarkan pada akhir 2023 namun pelancaran itu ditangguhkan ke tahun ini.
Selepas sekali lagi ditangguhkan, NASA menjangkakan pelancaran akan dilakukan pada September 2025.
Robot VIPER diprogramkan untuk melakukan penggalian di kutub selatan bulan bagi mengumpulkan sampel tanah.
Acara pelancaran dilaksanakan secara kerjasama dengan syarkat swasta, Astrobotic.
Menurut NASA, rover terbabit akan dibuka dan digunakan untuk kegunaan lain.
“Kami mahu memaksimumkan penggunaan teknologi dan kerja-kerja terhadap VIPER dan dalam masa sama memelihara dana kritikal untuk menyokong portfolio lunar kami,” kata Pengurus NASA, Nicola Fox.- Agensi