JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas terjatuh dalam sungai semasa memancing di Kampung Sri Purnama, Terbau di sini hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penguasa Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.43 petang.
Susulan itu katanya, seramai lapan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Menurut saksim mangsa tergelincir dalam sungai semasa aktiviti memancing. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian menemukan mayat mangsa yang berusia 68 tahun pukul 3.51 petang.
“Warga emas berkenaan ditemui terapung di tebing sungai tidak jauh berhampiran lokasi mangsa jatuh.
“Pihak bomba menggunakan ‘stretcheter’ bagi mengangkat mansa dan menyerahkan mayat kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Tambah beliau, operasi SAR tamat pada pukul 4.15 petang. – MalaysiaGazette