Pope Francis Foto Vatican News

VATICAN CITY- Pope Francis, pemimpin Katolik yang juga Ketua Vatican menzahirkan harapan supaya konflik ‘ganas dan berdarah’ di Asia Barat tidak berlarutan.

Beliau yang bimbang mengenai perkembangan semasa itu menambah, serangan dan pembunuhan terhadap sesiapa pun termasuklah musuh, bukanlah satu penyelesaian.

“Ia (serangan dan pembunuhan) tidak akan membawa seseorang itu ke jalan keadilan dan keamanan, sebaliknya akan menyemarakkan lagi kebencian serta dendam,” katanya ketika menyampaikan ceramah selepas membacakan doa Angelus di Dataran St Peter, Vatican.

Beliau turut menyeru pihak yang terlibat untuk memulakan semula rundingan supaya peperangan di Gaza dapat dihentikan segera dan semua tahanan dibebaskan.

Francis turut menggesa supaya rakyat di Gaza diberikan bantuan kemanusiaan dengan segera.

Israel yang ingkar dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mahukan gencatan segera, berdepan dengan kecaman antarabangsa susulan kekejaman yang dilakukan mereka terhadap Gaza sejak Oktober tahun lepas.

Hampir 39,600 rakyat Palestin terbunuh yang mana kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak, manakala 91,400 lagi cedera.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast