NEW DELHI- India menasihatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke Bangladesh ekoran protes dan keganasan yang semakin meningkat di negara jiran itu.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Hal Ehawal Luar India dalam satu kenyataan pada Ahad.
Terdahulu, kerajaan Bangladesh mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara dan menutup perkhidmatan Internet untuk menghentikan keganasan.
Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh dalam pertempuran pada Ahad.
Protes terhadap sistem kuota dalam pekerjaan kerajaan untuk kumpulan tertentu itu tercetus sejak Julai lalu.
Mahkamah Agung baru-baru ini membatalkan kebanyakan kuota itu, tetapi protes telah menjadi gerakan yang lebih besar menentang kerajaan parti Liga Awami. – Agensi