A Palestinian boy reacts as others survey the damage following Israeli military bombardment of the UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees) run Abu Araban school, turned shelter, where internally displaced Palestinians are living, in the Nuseirat refugee camp, in the central Gaza Strip on July 14, 2024, amid the ongoing conflict between Israel and the Palestinian Hamas militant group. Photo AFP

ISTANBU- Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel mengebom sekolah Al-Taba’een di kawasan Al-Daraj, timur Bandar Gaza pada awal pagi Sabtu.

Agensi berita Anadolu melaporkan, sekolah berkenaan dijadikan tempat perlindungan bagi penduduk yang terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka.

Puluhan lagi dilaporkan cedera dalam serangan terbabit.

Menurut agensi berita Palestin (WAFA), serangan udara berlaku ketika para jemaah sedang menunaikan solat Subuh di sekolah berkenaan.

Sejak 7 Oktober 2023, hampir 40,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 91,700 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.-AGENSI