Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersiap sedia memakai alatan menyelam bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, malam tadi. Foto SADIQ SANI, 29 OGOS 2024

KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, melakukan sistem sokongan sementara atau ‘shoring’ secara manual.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kerja-kerja itu dilakukan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Hari ini masuk hari ketujuh (sejak insiden itu berlaku) dan pasukan SAR masih meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus berdekatan Masjid India,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita dwarga India, Vijaya Lakshmi Goli, 48, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi itu.

Sementara itu, DBKL berkata, pekerja Indah Water Konsortium (IWK) sedang melaksanakan kerja-kerja mengepam air keluar dari lurang kumbahan bagi mengurangkan tekanan air serta risiko.

Katanya, ia bagi membolehkan pasukan penyelam menjalankan pemeriksaan secara fizikal di dalam lurang kumbahan. – MalaysiaGazette