KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Himpunan 24,00 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, malam ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Program yang merupakan tahun kelima itu berlangsung sejak 11 pagi tadi berjaya mengumpulkan seramai 24,000 huffaz dengan pengisian pelbagai program baharu.
Antara program yang diperkenal tahun ini termasuklah Program Eksplorasi TVET-Tahfiz yang dianjurkan di bawah naungan Majlis TVET Negara (MTVET) bertujuan menyebar luas inisiatif dan potensi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada komuniti tahfiz di Malaysia.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan berkata, program itu turut memperkenalkan bidang TVET sebagai pilihan kerjaya yang relevan dan berdaya maju kepada huffaz selain memupuk minat golongan ini melibatkan diri dalam sektor teknikal dan vokasional yang semakin berkembang.
“ Antara matlamat utama program ini adalah untuk meneroka potensi kerjasama antaraagensi pelaksana TVET dan institusi tahfiz.
“ Pengisian program ini melibatkan pameran institusi TVET dan industri yang menawarkan program khusus untuk komuniti tahfiz, memberikan pendedahan kepada pelbagai bidang kemahiran,” katanya.
Selain itu, sesi konsultasi turut diadakanuntuk memberikan maklumat terperinci mengenai peluang latihan dan laluankerjaya dalam bidang-bidang TVET yang sesuai dengan latar belakang pendidikan tahfiz.
“ Dengan pengisian yang komprehensif, program ini diharap dapat membuka laluanbaharu bagi para huffaz untuk teruscemerlang dalam dunia profesional, sambilmengekalkan identiti mereka sebagaipenghafaz al-Quran.
Selain itu, Waqaf Al-Quran turut dilancarkan melibatkan pengedaran 24,000 naskah mushaf khusus untuk para huffaz.
Mushafi itu direka dengan ciri-ciri unik seperti tanda khas, sistem pewarnaan ayat, dan kertas berkualiti tinggi yang memudahkan hafalan dan semakan.
Inisiatif seperti pelancaran Waqaf Mushaf Huffazdan eksplorasi TVET-Tahfiz jelas menunjukkan langkah proaktif dalam menyokong perkembangan ilmu Al-Quran dan pendidikan teknikal bagi memastikan para huffaz teruscemerlang, berdaya saing, dan relevan dalam membina masa depan negara. – MalaysiaGazette